RSS

Wednesday, January 27, 2010

PERKONGSIAN WIM

Tuan-tuan Sekelian,

1. Salam kepada semua anggota kerja GIAT yang sentiasa berusaha membangunkan anak
bangsa demi agama dan negara tercinta . Semuga mendapat rahmat dan hidayah dari Yang Maha Kuasa Allah Tuhan Seru Sekelian Alam .

2. Mendengar khabar dari PPI Sarawak mengenai WIM ala Sarawak , menarik perhatian saya dalam usaha kita membangunkan WIM untuk setiap tajuk bagi setiap kursus yang sedang berjalan kini . Penulisan WIM telah diagihkan kepada penulis/ pengubal yang diberikan ilmu dan maklumat bagaimana WIM itu harus digubal dan diwajahkan .

3. Sehingga ke saat ini hanya satu (1) kursus iaitu kursus Motosikal daripada 28 ( dua puluh lapan ) kursus yang kita laksanakan yang boleh dikatakan sudah siap sepenuhnya WIM berbanding dengan kursus kursus yang lain . Tuan-tuan tahu tak berapa ramaikah tenaga pengajar kursus Motosikal berbanding dengan kursus lain seperti Automotif , Jahitan dan lain lain . Adakah kerana ramai maka ianya lebih mudah dan cepat dapat disiapkan ? Mana lebih ramai tenaga pengajar Motosikal berbanding dengan tenaga pengajar kursus Jahitan ( 97 PGM ) ?

4. Ada juga diantara penulis / pengubal WIM ini dikatakan tidak mendapat perhatian atau tidak mendapat kerjasama yang baik dengan pihak pengurus PGM masing-masing , menyebabkan kerja mereka terbantut untuk disiapkan WIM ini . Mungkin pihak PGN boleh tolong tengok sikit hal ini , sejauhmana "gangguan" itu berlaku .

5. Ada beberapa kursus yang masih lagi belum kita panggil untuk diberikan sedikit ilmu dan maklumat bagaimana WIM dibangunakan . Kita sudah pun menrancang dan insyallah hujung bulan ini kita akan jalankan .

6. Namun , usaha yang dijalankan oleh beberapa negeri seperti Sarawak yang membangunkan WIM ala sarawak sangat sangat lah diharapkan . Begitu juga dengan negeri Kedah , mereka sudah mulai membuat AVA untuk kursus Automotif ( akan kita masukkan dalam portal Jbt. Kurikulum sikit masa lagi ) yang boleh digunakanpakai oleh semua . Usaha-usaha sebegini memberikan suatu pemangkim kepada usaha kita melaksanakan Sistem GCPA kita .

7. Untuk itu , sementara menunggu penulis / penggubal yang telah diberikan tugas masing-masing untuk menyiapkan WIM , saya ingin menyarankan kepada semua tenaga pengajar - tenaga pengajar GIATMARA tak kira dari kursus apa dari negeri mana pun , samada sudah ada ilmu dan maklumat tentang wajah WIM yang kita nak bangunkan atau pun tidak , mereka boleh menghantarkan kepada kita, WIM mereka yang telah dibuat atas kreativiti masing-masing supaya dapat digunapakai oleh rakan yang lain , berkongsi ilmu dan maklumat kepada mereka yang mungkin baru dalam GIATMARA .

8. PPI yang bertindak lebih awal daripada perancangan kita seperti PPI negeri Perak , Sarawak dan juga Kedah ( negeri lain saya tak melihatnya lagi ) harus menjadi ikutan oleh lain-lain PPI . Saya tak percaya PPI lain tidak duduk dalam landasan ini cuma mungkin hasilnya belum dapat di lihat lagi maka sebab itu mereka tidak dapat berkongsi dengan semua . Sama sama lah kita tunggu .

9. Perkongsian ilmu dan juga maklumat sesuatu yang amat dituntut oleh agama kita . Usaha ini tidak kita bualkan sahaja tetapi harus diusahakan menjadi nyata . Kelebihan disebalik perkongsian ini tidak perlullah kita huraikan terpulanglah kepada Allah yang Maha Besar menentukannya . Yang penting kurangkan bercakap lebihkan kerja menghasilkan sesuatu untuk semua . Manusia yang terbaik di dunia adalah manusia yang memberi faedah kepada diri dan juga orang lain . Kita ! bagaimana , sama sama lah kita berusaha .

Akhir kalam ,sampaikanlah ilmu itu walaupun cuma satu ayat.

Pelatih didahulukan pencapaian diutamakan

Salam

Monday, January 25, 2010

Selamat Datang ke Blog Ketua Jabatan Kurikulum

Tuan-tuan,

Selamat datang ke blog Ketua Jabatan Kurikulum. Blog ini adalah untuk membuka ruang kepada semua terutama anggota kerja GIATMARA berkongsi pandangan untuk kebaikan kita bersama.

Untuk pengetahuan semua terdapat juga blog-blog dari kalangan Ketua Eksekutif dan juga Timbalan Ketua Eksekutif Sektor Latihan dan Pengurusan. Semoga blog-blog ini dapat membantu meningkatkan keupayaan GIAT seluruhnya.

Salam